Tuesday, 25 September 2012

Permainan Kecil " BURUNG DALAM SANGKAR"


Senarai Keperluan :
1.                  Bahan atau peralatan : Tiada ataupun gelung rotan
2.                  Tempat : Kawasan lapang
3.                  Bilangan kanak-kanak : setiap kumpulan mengandungi tiga orang. Tiada had bilangan kumpulan.


Peraturan Permainan :
1.                  Setiap kumpulan mengandungi tiga orang kanak-kanak. Dua orang menjadi sangkar dan seorang lagi menjadi burung.
2.                  Setiap kali burung terbang keluar mereka tidak boleh balik ke sangkar asal mereka, sebaliknya mereka masuk ke sangkar lain.

Cara bermain

1.                  Dua orang kanak-kanak menghadap antara satu sama lain berpegang tangan untuk menjadi sangkar.
2.                  Seorang kanak-kanak lagi menjadi burung berdiri dalam  sangkar .
3.                  Terdapat juga beberapa burung di luar sangkar yang tidak mempunyai sangkar.
4.                  Apabila guru menyebut, "Burung terbang !" ataupun membunyikan wisel, semua burung perlu terbang di luar  sangkar , termasuk burung yang tidak mempunyai  sangkar .
5.                  Apabila guru menyebut, "Burung pulang!" ataupun membunyikan wisel, semua burung perlu mencari sangkar.
6.                  Burung tidak boleh balik ke sangkar asal mereka dan mesti         bertukar sangkar lain.
7.                  Ulang beberapa kali.
8.                  Kanak-kanak yang menjadi sangkar pula bertukar menjadi burung.
9.                  Ulang permainan beberapa kali.


No comments:

Post a Comment