Tuesday 25 September 2012

“ PERMAINAN PERIGI BERACUN


         SENARAI KEPERLUAN
·        Bahan atau peralatan  : Gelong rotan
·        Tempat                         :  Kawasan  lapang
·        Bilangan kanak – kanak  5 hingga 10 orang

Peraturan bermain
1.    Buat beberapa kumpulan kecil yang mengandungi antara 5 hingga 10 orang  kanak – kanak .
2.    Kanak – kanak berpegang tangan membentuk bulatan .
3.    Mereka cuba menarik antara satu sama lain  dalam bulatan .
4.    Masing – masing cuba mengelak daripada terpijak ataupun termasuk kedalam bulatan .
5.    Sesiapa yang terpijak ataupun termasuk dalam bulatan dikira mati dan dikeluarkan  daripada kumpulan .

PERMAINAN ACI SOROK


  • Undian dilakukan untuk mendapatkan seorang pemain yang berperanan sebagai pencari. Manakala pemain lain dikenali sebagai awak-awak.
  • Tiang atau pokok dijadikan rumah induk untuk pencari membuat kiraan.
  • Pencari memulakan permainan dengan cara menutup matanya sambil membuat kiraan dari 1 hinggalah ke-100.
  • Sejurus selesai membuat kiraan, pencari memulakan pencariannya.
  • Pencari mestilah menyebut nama pemain diikuti sebutan 'ibu' apabila berjaya menjumpai salah seorang pemain.

Permainan “ Raundes “


Cara Bermain

·        Bahagikan kepada  dua kumpulan  satu kumpulan  A dan satu kumpulan B
·        Setiap kumpulan akan melantik seorang pembaling
·        Kumpulan A akan bermain dahulu , bola akan di pukul  dan kanak –kanak kumpulan A akan lari seorang demi  mengelilingi bulatan
·        Jika bola sampai dahulu sebelum kanak – kanak tidak dapat menamatkan larian akan dikira mati .
·        Setelah ahli kumpulan A kesemuanya sudah mati , permainan akan  diteruskan dengan kumpulan B
·        Permainan inikan dijalankan seperti kumpulan A juga .

Permainan “ TEROMPAH GERGASI “


Tujuan  Permainan
·        Memupuk  nilai kerjasama
·        Semangat Berpasukan
Cara bermain
        I.            Setiap kumpulan mempunyai 3 orang peserta
      II.            Peserta  akan memakai terompah
    III.            Apabila wisel dibunyikan mereka akan berjalan sehingga ke garisan  penamat.
 IV.            Pemenang akan dikira   kumpulan yang sampai ke garisan penamat .

Permainan” pokok tumbang”


Tujuan Permainan
·        Untuk menambahkan  kegembiraan

Cara Bermain
·        Setiap kumpulan kanak – kanak mempunyai 3  peserta
·        Kanak – kanak akan berpegangan tangan dan berjalan di dalam satu bulatan  sambil berkata
Pusing – pusing sekeliling
Sebtang pohon jambu  batu
Petik – petiklah daun 
Semuanya jatuh melayang  layang
{rebahkan badan lantai }

·        Baca rangkap puisi berikut sambil duduk diatas lantai
Ikan kecil didalam sungai 
Ikan besar dalam laut
Ikan kecil melompat – lompat 
Dan saya juga melompat riang
{ lompat dan ulang permainan ini.}

Permainan “Jala Ikan”


Cara Bermain
·        Semua kanak – kanak membuat  satu bulatan besar.
·        Pilih seorang kanak – kanak untuk menjadi seekor ikan dan kanak- kanak ini akan berdiri ditengah  tengah bulatan .
·        Kanak – kanak yang menjadi ikan di tengah kan membuat mulut seperti ikan .
·        Kanak – kanak yang lain membaca puisi dibawah

12345
Saya tanggkap seekor ikan hidup
678910
Kami lepaskan ikan itu semula
·        Sambil kanak – kanak itu berkata “kami lepaskam ikan itu semula” buka bulatan dan biarkan ikan itu “ berenang” keluar .
·        Pilih kanak – kanak yang lain untuk meneruskan permainan.
·        Permainan akan diulang sampai kanak – kanak habis .



 PERMAINAN  POLIS DENGAN PENCURI

 CARA BERMAIN

1.MURID DIBAHAGIKAN KEPADA 2 KUMPULAN.
2.UNDIAN UNTUK MEMULAKAN PERMAINAN.
3. KUMPULAN POLIS AAKAN MENGEJAR PENCURI DAN PENCURI YANG TERTANGKAP    AKAN DIKURUNG DALAM BULATAN YANG AKAN DIKAWAL OLEH AHLI KUMPULAN POLIS.
4. AHLI PENCURI YANG TERKURUNG BOLEH DIBEBASKAN BERLARI DENGAN SENTUHAN OLEH AHLI YANG MASIH BEBAS.
5. SETELAH SEMUA AHLI KUMPULAN PENCURI TERTANGKAP ,PERMAINAN DITERUSKAN DENGAN MENUKAR TEMPAT.
6.KUMPULAN YANG BERTAHAN LAMA SEBAGAI PENCURI DIKIRA PEMENANG.
7.NILAI YANG DITERAPKAN IALAH NILAI KERJASAMA BERKUMPULAN,NILAI KESABARAN DAN BERUSAHA.
8. PERMAIAN MENEKANKAN KEGEMBIRAAN BERMAIN DAN KEMENANGAN BUKAN KEUTAMAAN TUJUAN PERMAINAN INI.

Permainan “Jan Jan Jala “


Tujuan Permainan
1.    Permainan yang menguji kecekapan mengelakkan diri daripada di tangkap  oleh pintu gerbang
2.    Berlawan kumpulan mana kuat  semasa bertarik tangan .

Senarai Keperluan
Bahan:
1.    lagu

Jan  jan jala
Jan jan jala itik jala ayam
Berapa lubang kancin
Seratus lima puluh
Panggil cik dayang
Makan sirih mulut merah

2.    Bilangan permain : tiada had minimum 6 orang
Cara Bermain
a.   Pilih 2 orang  sebagai ketua mereka menjadi pintu gerbang.
b.   Pemain beratur dalam satu barisan dan memeluk pinggang kawan di hadapan mereka.
c.    Ketua yang dipilih akan memilih lambing kumpulan masing – masing contohnya  wira dan satria  sebagai  tanda mewakili kumpulan .
d.   Pemain yang beratur menyanyikan lagu jan jan jala itik  sambil berjalan dibawah  pintu gerbang dan mengilingi pintu gerbang.
e.    Apabila nyanyian ini tamat pintu gerbang pun rebah dan menagkap salah seorang daripada kanak – kanak  yang sedang lalu dibawahnya.
f.       Salah seorang daripada ketua iniakan berbisik  kepada murid yang ditangkap itu dan disuruh memilih salah satu  lambang.
g.   Sekiranya pemain itu memilih satria  dia perlu berdiri dibelakang ketua kumpulan  satria dan sebaliknya .
h.    Teruskan permainan ini sehingga kanak – kanak habis terperangkap.
i.        Selepas habis , buat satu garisan tanda antara  kedua – dua ketua ini. Setiap kanak – kanak akan memeluk kawan dihadpan mereka . dan ketua kedua – duanya akan berpegangan tangan.
j.        Pabila teriakperkataan ‘mula ‘ kedua  dua pihak akan bertarik – tarikan .
k.     Pihak yang menyeberang garis penanda akan dikira kalah .a.   Apabila nyanyian ini tamat pintu gerbang pun rebah dan menagkap salah seorang daripada kanak – kanak  yang sedang lalu dibawahnya.
b.   Salah seorang daripada ketua iniakan berbisik  kepada murid yang ditangkap itu dan disuruh memilih salah satu  lambang.
c.    Sekiranya pemain itu memilih satria  dia perlu berdiri dibelakang ketua kumpulan  satria dan sebaliknya .
d.   Teruskan permainan ini sehingga kanak – kanak habis terperangkap.
e.    Selepas habis , buat satu garisan tanda antara  kedua – dua ketua ini. Setiap kanak – kanak akan memeluk kawan dihadpan mereka . dan ketua kedua – duanya akan berpegangan tangan.
f.       Pabila teriakperkataan ‘mula ‘ kedua  dua pihak akan bertarik – tarikan .
g.   Pihak yang menyeberang garis penanda akan dikira kalah .



















Permainan “Boling”


Senarai Keperluan 
1.    Bahan atau peralatan  :-Bola dan botol plastic
2.    Tempat kawasan lapang dan rata
3.     Bilangan kanak – kanak tidak terhad
Cara bermain

1.    Botol plastic disusun dalam bentuk 3 segi dengan susunan satu , dua ,tiga,empat lima
2.    Permain berbaris dan bermain mengikut giliran
3.    Permain perlu melemparkan bola  kearah susunan botol yang dihadapanya pada jarak 2 meter.
4.    Bilangan mata di kira mengikut bilangan botol yang dijatuhkan.
5.    Jika pemain seterusnya hendak main , mereka perlu menyusun botol seperti keadaan asal .
6.    Pemain yang mendapatjumlah jatuhan boto terbanyak akan menjadi johan. 

Permainan “Bola Dan Monyet “


Peraturan Permainan
Apabila bola dapat ditangkap oleh monyet, orang yang mencampak bola kena jadi monyet.

Cara Bermain
1.    Setiap kumpulan kanak – kanak ada 3 orang
2.    2 orang didepan dan belakang
3.    Seorang ditengahnya sebagai monyet
4.    Permain  akan mencampakan bola kepada kawan seorang lagi.
5.    Monyet di tengah cuba menangkapnya .
6.    Apabila monyet dapat menangkap , maka orang yang membaling bola tadi akan menjadi sebagai monyet.
7.    Aktiviti boleh dilakukan dalam banyak kumpulan .

Permainan “Lembu kena Kepung “


Tujuan Permainan :


·                     Mengepung lembu supaya tidak dapat keluar dari kandang.


Senarai Keperluan :


1.          Bahan atau peralatan : Tiada
2.          Tempat : Kawasan lapang
3.          Bilangan kanak-kanak : 5 hingga 10 orang


Peraturan Permainan :


·                     Seekor lembu dikepung oleh sekumpulan kanak-kanak yang memegang tangan dalam bulatan.

Cara Bermain :

1.          Kelas dibahagikan kepada kumpulan kecil. Satu kumpulan lebih kurang 5 hingga 8 orang.
2.          Kanak-kanak memegang tangan membentuk bulatan.
3.          Seorang kanak-kanak menjadi lembu duduk di tengah bulatan. Sambil beraksi dan bunyi seperti lembu, " mooo. moo... moo..."
4.          Lembu cuba keluar dari bulatan dengan menggunakan sebarang cara yang disukai.
5.          Apabila lembu dapat keluar ganti dengan kanak-kanak lain untuk menjadi lembu secara sukarela.

Permainan Kecil " BURUNG DALAM SANGKAR"


Senarai Keperluan :
1.                  Bahan atau peralatan : Tiada ataupun gelung rotan
2.                  Tempat : Kawasan lapang
3.                  Bilangan kanak-kanak : setiap kumpulan mengandungi tiga orang. Tiada had bilangan kumpulan.


Peraturan Permainan :
1.                  Setiap kumpulan mengandungi tiga orang kanak-kanak. Dua orang menjadi sangkar dan seorang lagi menjadi burung.
2.                  Setiap kali burung terbang keluar mereka tidak boleh balik ke sangkar asal mereka, sebaliknya mereka masuk ke sangkar lain.

Cara bermain

1.                  Dua orang kanak-kanak menghadap antara satu sama lain berpegang tangan untuk menjadi sangkar.
2.                  Seorang kanak-kanak lagi menjadi burung berdiri dalam  sangkar .
3.                  Terdapat juga beberapa burung di luar sangkar yang tidak mempunyai sangkar.
4.                  Apabila guru menyebut, "Burung terbang !" ataupun membunyikan wisel, semua burung perlu terbang di luar  sangkar , termasuk burung yang tidak mempunyai  sangkar .
5.                  Apabila guru menyebut, "Burung pulang!" ataupun membunyikan wisel, semua burung perlu mencari sangkar.
6.                  Burung tidak boleh balik ke sangkar asal mereka dan mesti         bertukar sangkar lain.
7.                  Ulang beberapa kali.
8.                  Kanak-kanak yang menjadi sangkar pula bertukar menjadi burung.
9.                  Ulang permainan beberapa kali.


Permainan kecil " TANGKAP EKOR "


Tujuan Permainan
·                     Cuba mengutip seberapa banyak ekor (sapu tangan) dan ekor sendiri tidak hilang.


Senarai Keperluan :
1.           Bahan atau peralatan : sapu tangan ataupun tuala kecil
2.           Tempat : kawasan lapang
3.           Bilangan kanak-kanak : tidak terhad
Peraturan permainan :
·                     Pemain cuba mendapatkan ekor (sapu tangan) sebanyak mungkin dalam masa yang sama pemain cuba mempertahankan ekor masing-masing.


Cara Bermain :
1.           Semua kanak-kanak ada ekor daripada sapu tangan.
2.           Masing-masing cuba mendapatkan ekor lain dan mengumpul sebanyak mungkin.
3.            Sampai suatu masa guru membunyikan wisel.
4.           Kira berapa banyak sapu tangan yang dikutip oleh setiap murid.
5.           Pengutip sapu tangan terbanyak adalah pemenang.
6.           Permainan ini boleh diulang-ulang.


Monday 24 September 2012

Permainan kecil "Ikan Dalam Jaring"


Senarai Keperluan
1.    Kolam atau laut yang dibina  dengan mengunakan kapur ataupun tepung . Ambil kapur dan lukiskan atas lantai  ataupun gunakan tepung taburkanya diatas rumput . buat supaya berbentuk bulat.
2.    Bilangan kanak – kanak 15 hingga 20
3.    Peraturan – ikan dalam jaring perlu keluar sebanyak mungkin

Cara bermain

a.   Kanak – kanak  berpegang dalam barisan memanjang  menjadi jaring.
b.   Jaring perlu berada di tepi kolam ataupun ditengah laut .
c.    Separuh dari kanak – kanak menjadi ikan
d.   Ikan perlu berada lebih kurang  jarak 20kaki dari jaring.
e.    Kanak –kanak bergerak dalam kawasan yang ditandakan sebagai kolam , mereka beraksi seolah – olah sedang berenang macam ikan .
f.       Bila wisel dibunyikan jaring cuba mengepung ikan .
g.   Ikan boleh melepaskan dirinya dengan belari menerobos jaring , melompat keatas atau bawah jaring.
h.    Ikan tidak boleh berenang keluar dari kawasan kolam .
i.        Ikan yang ditangkap dan keluar dari kolam  semasa permainan tidak boleh bermain lagi .
j.        Ulang  permainan dengan bertukar jaring  menjadi ikan dan  sebaliknya .